Assalamualaikum…
Hampir 5 tahun dah tak update blog ni huhu…LAMANYA!!!
Macam-macam persoalan yang bermain dalam kepala ini, cuba
mencari jawapan yang munasabah kenapa tak update langsung blog ni, alasan yang
selalu pakai busy hmm….busy tapi tak kan smpai 5 tahun.
Alright, take a breath and let me try to explain. Kemana diri
ini menghilang, sekarang buat apa….
Last update tahun 2011 time tu aku tengah sambung pengajian diploma
dekat KUIS dan habis tahun 2012, Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan
habis dengan jayanya. Kemudian take a break sekejap dan tahun itu juga aku buat
keputusan untuk terus sambung degree. Alhamdulillah dapat tawaran sambung belajar dalam jurusan yang sama (Human Resources) dekat UNITEN.
Apa yang aku dapat lihat, semasa aku degree suasananya sangat berbeza dengan suasana semasa aku diploma dahulu, dari segi pembelajarannya dan manusia yang pelbagai ragam
dan feilnya. Tapi aku berasa bersyukur sebab banyak kenangan yang aku dapat
sepanjang aku dekat sana, tak kira pahit atau manis aku telan jua haha.. sebab
bagi aku itulah lumrah kehidupan cewah…dan itulah dikatakan student life, pengalaman
itulah yang mematangkan diri ini. Logic lah kita ini manusia biasa, memang dah ditakdirkan
untuk berdepan dengan bermacam-macam ujian, so always think positive. Terima kasih
ya Allah kerana diketemukan dengan mereka (family, lecture, kawan-kawan susah
senang always be together, sesiapa sahaja…) yang banyak bagi support. Alhamdulillah walaupun berdepan dengan final project (Thesis) yang mencabar, tahun lepas 2015 juga aku berjaya menamatkan pengajian aku dan sekarang tengah mencari kerja dan In sya Allah akan membuka
business sendiri, business ape??
Baiklah habis disitu and the question is…kenapa kau tak
update blog?
Sebenarnya aku pun tak tahu huhu…mungkin tak ada idea or
something entahlah, mungkin juga busy??? Atau mungkin aku lupa?? Haha lol… sejujurnya
aku bukanlah seorang yang bagus dalam menulis dan berkongsi cerita, ikut mood
juga aku ni dan aku sangat kagum dengan mereka yang ada kelebihan dalam menulis
berkongsi cerita dan idea. Nak dibandingkan dengan aku jauh sekali… tapi aku
cuba sebab why not… In sya Allah there will be more story mory disini.
Bye... |
No comments:
Post a Comment