Pages

Sunday 21 February 2016

Akhirnya, aku kembali...




Assalamualaikum…

Hampir 5 tahun dah tak update blog ni huhu…LAMANYA!!!
Macam-macam persoalan yang bermain dalam kepala ini, cuba mencari jawapan yang munasabah kenapa tak update langsung blog ni, alasan yang selalu pakai busy hmm….busy tapi tak kan smpai 5 tahun.

Alright, take a breath and let me try to explain. Kemana diri ini menghilang, sekarang buat apa….
Last update tahun 2011 time tu aku tengah sambung pengajian diploma dekat KUIS dan habis tahun 2012, Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan habis dengan jayanya. Kemudian take a break sekejap dan tahun itu juga aku buat keputusan untuk terus sambung degree. Alhamdulillah dapat tawaran sambung belajar dalam jurusan yang sama (Human Resources) dekat UNITEN.

Apa yang aku dapat lihat, semasa aku degree suasananya sangat berbeza dengan suasana semasa aku diploma dahulu, dari segi pembelajarannya dan manusia yang pelbagai ragam dan feilnya. Tapi aku berasa bersyukur sebab banyak kenangan yang aku dapat sepanjang aku dekat sana, tak kira pahit atau manis aku telan jua haha.. sebab bagi aku itulah lumrah kehidupan cewah…dan itulah dikatakan student life, pengalaman itulah yang mematangkan diri ini. Logic lah kita ini manusia biasa, memang dah ditakdirkan untuk berdepan dengan bermacam-macam ujian, so always think positive. Terima kasih ya Allah kerana diketemukan dengan mereka (family, lecture, kawan-kawan susah senang always be together, sesiapa sahaja…) yang banyak bagi support. Alhamdulillah walaupun berdepan dengan final project (Thesis) yang mencabar, tahun lepas 2015 juga aku berjaya menamatkan pengajian aku  dan sekarang tengah mencari kerja dan In sya Allah akan membuka business sendiri, business ape??



Baiklah habis disitu and the question is…kenapa kau tak update blog?

Sebenarnya aku pun tak tahu huhu…mungkin tak ada idea or something entahlah, mungkin juga busy??? Atau mungkin aku lupa?? Haha lol… sejujurnya aku bukanlah seorang yang bagus dalam menulis dan berkongsi cerita, ikut mood juga aku ni dan aku sangat kagum dengan mereka yang ada kelebihan dalam menulis berkongsi cerita dan idea. Nak dibandingkan dengan aku jauh sekali… tapi aku cuba sebab why not… In sya Allah there will be more story mory disini.


Bye...

No comments:

Post a Comment